Di zaman moden ini banyak jenis makanan
yang boleh memudaratkan jika dimakan berlebihan. Makanan yang diproses
dan juga makanan segera, sering menjadi pilihan. Namun adakah kita
prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yang ada di
pasaran sering mengandungi gula dan lemak yang tersembunyi. Pengambilan
secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti.
Sebelum masalah ini terjadi pada kita, sewajarnya kita mengambil sikap
berhati-hati. Manakala bagi mereka yang sedang menghadapi masalah berat
badan, ikutilah petua yang mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting
adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan
bukan sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yang
keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.
2. Waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung.
3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.
4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam, walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu, cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).
5. Sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis). Pada hari ketika anda berpuasa, anda disarankan untuk melakukan senaman.
6. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yang dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Anda akan lihat kesannya selepas 2 minggu mengamalkannya.