1.Mengurut Zakar.
Bila bangun pagi sebelum buang air kecil, sebaiknya
semasa zakar masih tegang, ambil air liur basi dari langit-langit
menggunakan ibu jari yang kanan. . Bawa perut ibu jari itu ke kepala zakar
lalu urut sekali lalu dari kepala zakar meughala ke lubang kencing.
Gerakan ini membantu menyegarkan kepala zakar dan agar tidak mudah ngilu
ketika jimak.
2.Menajamkan Zakar.
Biji zakar yang keras akan menambah nikmat kepada isteri
dan menegangkan zakar serta melambatkan pancutan mani. Untuk itu, zakar
harus ditajamkan untuk mengeluarkan Biji zakar hingga dirasakan ia
menonjol ke hujung kepala zakar apabila zakar tegang.
Cara menajamkannya ialah apabila bangun tidur. duduk dan temukan
kedua-dua tapak kaki. Sebaiknya zakar masih tegang semasa melakukan
latihan ini. Tarik nafas dalam-dalam sambil menekan kedua-dua lutut
dengan tapak tangan. Cuba tekan lutut itu hingga jejak ke lantai tapi
jangan dipaksa. Pada masa itu, kendalikan otot zakar (otot-otot pengemut
kencing) dengan mengemutkannya.
Jika zakar masih tegang maka pastikan bahawa kepala zakar menjadi
besar dan berkilat apabila otot itu dikemutkan. Cara kedudukan semasa
melakukan ini ditunjukkan di dalam Scnaman Harimau langkah yang kedua.
3.Mengesatkan Kepala Zakar.
Praktik ini bertujuan untuk mengurangkan
sensitiviti pada kepala zakar dan memberi latihan kepada saraf-saraf
yang berhubung dengannya agar biasa dengan rasa kengiluan yang tinggi.
Rasa ngilu adalah antara sebab mengapa mani terpancut lebih awal. Kepala
zakar yang lebih kesat juga akan menambahkan kelazatan kepada isteri.
Caranya ialah, mulakan dengan duduk seperti mahu bersila tetapi kedua
tapak kaki ditemukan. Tangan kiri memegang kaki kiri dan tangan kanan
memegang batang zakar (paling baik ialah bila zakar tegang
di waktu pagi). Tarik nafas, kemutkan otot zakar, dekatkan kaki kiri ke
kepala zakar dan geselkan telapak kaki ke kepala zakar ke arah lubang
kencing, satu hala saja. Ulangilah hingga 3 kali geselan. Boleh juga
diulangi hingga terasa ngilu barulah berhenti.
4.Cara Meminum Air Waktu Pagi.
Air yang diminum ialah Air Masak Mati (air masak
yang sejuk), diminum di kala pagi dalam kedudukan seperti orang mahu
merangkak. Sebelum minum tarik nafas. Tahan nafas ketika meneguk (jangan
dihembuskan ke dalam gelas). Tegakkan kepala ketika meneguknya, bukan
menunggangkan gelas. Minum cara ini dikatakan dapat melegakan kerongkong
serta berupaya membersihkan usus perut dari kekotoran dan dahak yang
terkumpul semasa tidur. Ia dibersihkan sebagai penyediaan untuk hari
yang baru.