Buah delima adalah sejenis buah yang berasal dari Mediterranean yang
banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai
jenis penyakit. Bentuk buahnya seperti epal dengan di dalamnya mempunyai
beratus-ratus biji.Biji-biji inilah yang dimakan .Rasanya sedap
,masam-masam manis.
Buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga . Sebagaimana firman Allah (Q:55:68)
Maksudnya: "Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima".
Buah
delima mempunyai pelbagai keistimewaan. Buah ini mengandungi zat besi,
kalsium, folforus, vitamin A dan C. Zat besi yang terdapat di dalam buah
delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah.
Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.
Sejak
zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat
cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat
pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya. Buah delima masam pula
boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air
kencing.
Terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima
dapat dijadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan. Caranya dengan
mengambil biji-biji delima ditumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu
dan disapukan pada bahagian luka.Berguna juga untuk menurunkan berat
badan .Ambil dua genggam daun delima muda diramas-ramas dengan air
masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan perahan pati, minum dua kali
sehari.
Delima banyak mengandung antioksidan boleh melawan
penyakit ketumbuhan /tumor.Menurut kajian Kanser prostat adalah jenis
kanser kedua yang mengancam pria setelah kanser paru-paru.