Disable

 photo sddf_zps85c1ecb0.jpg

Cara Berkasih Sayang Mengikut Sunnah





1. Tidur satu selimut bersama isteri
2. Memakai wangi-wangian
3. Mandi bersama isteri
4. Menyikat rambut suami
5. Membantu isteri di dapur
6. Minum bergantian pada tempat yang sama
7. Membelai isteri
8. Tidur dipangkuan isteri
9. Memanggil dengan kata-kata mesra
10. Berjalan berpegangan tangan







Perkara Utama Untuk Kesejahteraan Rumahtangga



Secara umumnya, setiap isteri pasti ada keinginan atau keperluan yang amat penting dalam hidup mereka. Isteri biasanya memerlukan sesuatu daripada suaminya bagi melengkapkan hidupnya bersama suami dan seterusnya dapat melayari bahtera perkahwinan dengan bahagia. Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan tersebut dan bagaimanakah caranya seorang suami melakukannya?





Inginkan perhatian

Seorang wanita mungkin sudah mendapat perhatian dan didikan daripada saudara mara, anak-anak, adik-beradik dan rakan-rakannya. Walau bagaimanapun, perhatian sebegitu tidak bermakna dan tidak dapat memuaskan hatinya sebagaia seorang isteri selagi mana dia tidak mendapat perhatian sebegitu rupa daripada suaminya sendiri. Oleh hal yang demikian, suami mestilah menujukkan sikap prihatin dan didikan yang mantap kepada isteri, sama ada melalui tutur kata atau perbualan, tingkah laku, riak muka, gerakan dan juga perasaannya. Apabila suami memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada isteri, si isteri pasti akan berasa bahawa mereka mempunyai kedudukan yang istimewa dalam hidup suami. Keperluan inilah yang diperlukan dan amat didambakan oleh seorang isteri.


Ingin difahami

Suami perlu betul-betul memahami situasi dan keadaan isteri kerana reaksi sebeginilah yang akan mempengaruhi perasaan dan tingkah laku isteri. Hal ini kerana, isteri menganggap suaminya faham akan keperluan kewanitaannya dan faham situasi yang dihadapinya sebagai seorang wanita dan juga sebagai seorang isteri. Cara terbaik untuk seorang suami menghadapi keadaan ini adalah dengan membuatkan isteri berasa dihormati dan disanjungi. Suami tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan konflik atau krisis akibat daripada ketidakfahaman suami. Lebih-lebih lagi semasa isteri berada dalam situasi yang kurang stabil seperti masalah ketika datang haid, nifas atau penyakit-penyakit lain yang boleh mempengaruhi perilaku dan emosi seorang wanita. Suami juga dinasihatkan agar tidak meminta atau memerintah isteri untuk membuat sesuatu yang di luar kemampuannya. Cubalah untuk memahami dirinya dengan lebih mendalam.


Ingin haknya dipenuhi

Setiap insan pasti mempunyai hak untuk bersuara dan melakukan apa sahaja yang memang menjadi haknya setiap masa. Namun begitu, mengapa masih ada sesetengah suami yang melarang isterinya untuk mendapatkan hak tersebut? Bukankah isteri juga seorang manusia, yang juga mempunyai perasaan yang perlu diketahui oleh suami? Isteri harus memperoleh hak-hak tersebut walaupun kadangkala hak tersebut disekat dan dilarang oleh suami yang tidak mempunyai pengetahuan terhadap keperluan dan hak itu. Setiap pasangan suami isteri tidak boleh menyekat hak pasangan mereka apabila mereka sudah ditakdirkan untuk bersama dalam ikatan perkahwinan.


Apabila keperluan yang didambakan isteri ini dipenuhi oleh suami, sudah pasti kehidupan berumahtangga pasti akan lebih berseri-seri dan menyebabkan isteri berasa begitu dihargai dan dihormati. Inilah yang menjadi impian dan harapan setiap insan yang bergelar isteri iaitu untuk memiliki seorang suami yang sanggup berkorban apa sahaja demi memenuhi keperluan dirinya.







3 Perkara Yang Diperlukan Oleh Suami

Suami merupakan seorang lelaki yang kelihatan kuat dan tegas dari luarannya, namun pasti ada sisi lembut atau sisi dalamannya yang memerlukan sesuatu daripada isterinya bagi memenuhi keperluan dirinya. Semua keperluan ini penting untuk setiap isteri tahu dan ambil berat agar suami dapat memberikan kasih sayang sepenuhnya dan tidak berbelah bahagi kepada mereka.


Kepercayaan

Suami amat memerlukan kepercayaan dan penghormatan daripada seorang isteri terhadap dirinya Hal ini kerana, semua pengorbanan yang dilakukan oleh suami adalah bertujuan untuk mendapatkan penghormatan dan kepercayaan daripada isterinya sendiri. Semua pengorbanan tersebut semestinya memerlukan masa, tenaga dan fikiran yang banyak daripada suami. Jadi, tiada salahnya untuk suami mendapat kepercayaan daripada isterinya sendiri. Namun, jika isteri masih tidak sedar akan keperluan untuk mempercayai suaminya sendiri, sudah tentu ini akan merosakkan semua rancangan suami yang menaruh harapan kepada isteri untuk mempercayainya.


Penghargaan dan pujian

Sebagai seorang suami, dia semestinya bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh bagi memenuhi keperluan kebendaan dengan anggapan bahawa dia melakukan semua ini hanyalah untuk isterinya. Semua pemberian ini yang diberikan oleh suami semata-mata untuk membahagiakan isteri dan keluarganya dengan sentiasa memberikan perhatian dan perlindungan kepada mereka sepatutnya diberikan penghargaan oleh isteri. Tunjukkanlah penghargaan dan pujian kepada mereka atas segala yang telah mereka lakukan. Seorang isteri perlu menunjukkan rasa terima kasih kepada suami, mengakui segala ucapan dan perbuatan suami dengan baik, serta menghargai pendapat, fikiran dan cadangannya. Jangan sekali-kali mengatakan bahawa dia langsung tidak pernah memberikan apa-apa dalam perhubungan mereka.


Sokongan dan kata-kata semangat

Seorang lelaki sebagai suami sentiasa mahu menjadi seorang ketua yang kuat dan tegas seperti yang diingini oleh isteri. Suami akan sentiasa berusaha untuk mempertahankan sifatnya ini di mata isteri. Namun, untuk mengekalkannya sifatnya itu, suami memerlukan sokongan dan kata-kata semangat daripada isterinya untuk mereka terus kuat dan tabah bagi mengurus dan mempertahankan keluarganya.   Dorongan semangat yang diberikan oleh isterinya akan menguatkan tekadnya untuk sentiasa tabah, mendorongnya dalam menghadapi segala rintangan dengan pendirian yang kuat untuk terus berjaya. Apabila suami menghadapi saat-saat kegagalan, teruslah berada di sisinya dan berkata kepadanya bahawa dia telah melakukan yang terbaik dan termampu untuk kebahagiaan mereka. Dengan sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh isteri, suami akan bertambah semangat dan gigih bekerja demi keluarga tercinta.


Oleh hal yang demikin, teramatlah penting buat seorang isteri untuk terus berada di samping suami tidak kira ketika senang atau susah. Berikanlah kata-kata semangat dan sokongan sepenuhnya dalam setiap perkara yang dilakukan suami. Mereka sangat memerlukan sokongan daripada isteri mereka sendiri kerana semua perkara yang dilakukan oleh suami hanyalah untuk kesempurnaan dan kebahagiaan perkahwinan mereka juga.






Petua Lelaki Menjaga Tenaga Batin!!!

- Jangan amalkan minum air batu kerana ia akan mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik. Akibatnya zakar ngilu apabila bersama dengan isteri. Batang zakar harus sentiasa panas.

- Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk dan dibekukan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

- Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.


- Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas. Ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika bersama isteri (jimak).

- Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

- Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

- Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.

- Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar

- Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jimak lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

- Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

- Jangan melakukan hubungan kelamin ketika isteri sedang haid kerana ia bukan saja haram di sisi agama Islam tetapi juga boleh mendatangkan penyakit.

- Kurangkan dari memakan pisang Embun.

- Elakkan amalan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

- Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar

- Tidak digalakkan mengadakan hubungan kelamin di dalam air.

- Selepas melakukan hubungan kelamin, rehat dulu 15 minit. Kemudian barulah minum air.

- Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

- Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

- Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.

- Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yg sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar. Tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran.

- Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

- Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.

- Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

Lobak Merah

Apabila membeli lobak merah atau carrot pilih yang berwarna gelap kerana lebih mengandungi Beta Karotean berbanding yang berwarna cerah.Tua lebih baik daripada yang muda.

Beta Karotena adalah antioksida yang diubah menjadi vitamin A apabila berada di dalam tubuh.Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.

Seperti mana yang kita tahu ,sayuran lobak merah baik untuk mata, dapat menyembuhkan sembelit,asma,masaalah gigi,kesukaran tidur,memperbaiki kesihatan rambut,kulit dan kuku.

Lobak merah dimakan mentah lebih baik. Oleh itu digalakkan dimasak acar sahaja.

Alternatif Pesakit Gout dan Diabetes

 

Penyakit atau  masalah Gout, Athritis atau sakit sendi dan Diabetis atau kencing Manis  kini semakin lumrah kalangan rakyat Malaysia. Penyakit ini mula menyerang seawal usia hujung 20an atau awal 30an. Produk dari tepung putih adalah satu punca penting selain banyak faktor lain yang menyebabkan Gout, diabetes dan athritis. Sila semak pada bungkusan tepung tersebut untuk mengesahkan tiada perkataan Tanpa bahan pemutih  atau  tanpa benzoyl peroxide. Setelah mengetahui   terpulanglah kepada kita untuk membeli atau tidak .


 Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik . Seorang manusia tidak akan menerima kesan negatif dari benzoyl peroxide  dalam tempuh yang singkat. Namun setelah mengambil produk tepung putih untuk tempuh yang panjang iaitu melebihi 20 atau 30 tahun, kesan negatif dari benzoyl peroxide  bakal semakin ketara.

Pesakit Gout, Diabetes dan arthritis perlu mengelakkan segala makanan yang mengandungi tepung gandum putih (yang telah dilunturkan oleh benzoyl peroxide ) seperti mee kuning, roti canai, roti serta kuih muih yang diperbuat dari bahan ini.

 Seorang yang pernah mengalami "Acute Gout" menceritakan  kesan negatif  tepung putih ini ke atas pesakit Gout. Sesiapa yang menghidap penyakit Gout, kawallah permakanan sehingga Gout anda berkurang dan hampir tidak ada. Setelah itu, makanlah makanan yang dibuat dari tepung putih seperti mee kuning atau roti canai dalam kuantiti yang banyak dan tunggulah kesannya. Dalam tempuh 24 jam, pesakit Gout akan mengalami simptom Gout yang serius. Itulah akibat dari memakan tepung putih yang mengandungi bahan kimia Benzoyl Peroxide. 



Sebagai eksperimen kawalan (control experiment), lakukan pula eksperimen yang sama seperti di atas tetapi menggunakan pula spageti atau makaroni atau capati. Kesemua makanan ini diperbuat daripada gandum juga namun tepung ini tidak campurkan dengan benzoyl peroxide. Eksperimen ini tidak akan menyebabkan symptom Gout.

Daripada kedua-dua eksperimen ini menunjukkan dengan jelas bahawa bukan gandum yang membahayakan pesakit Gout namun kandungan benzoyl peroxide di dalam tepung gandumlah yang membahayakan pesakit Gout. Bagi mee kuning, selain benzoyl peroxide yang merbahaya, kandungan aid borik sebagai pengawet di dalamnya menambah parah kepada pesakit Gout.

Tepung gandum setelah dikisar berwarna kekuningan. Rahsia  yang  digunakan untuk menjadikan tepung gandum berwarna putih melepak ialah dengan  mencampurkan bahan kimia benzoyl peroxide.  Proses pemutihan tepung gandum dilakukan adalah dengan cara mencampurkan tepung gandum dengan bahan kimia benzoyl peroxide.  ini.
Dalam tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung gandum ini akan bertukar ke putih.

Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, benzoyl peroxide  juga bertindak balas dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat dalam tepung gandum ini. Ia juga mengakibatkan sebahagian nutrisinya telah hilang .Serangga kurang menggemari tepung putih berbanding tepung gandum yang asal , benzoyl peroxide  akan terus berada di dalam tepung putih ini apabila dipasarkan. Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik /kimia benzoyl peroxide  yang  merbahaya dan boleh menyebabkan berbagai penyakit

Pada  satu waktu dahulu, satu lori tepung gandum seberat 20 tan untuk dieksport ke Singapore telah ditegah masuk kerana mengandungi bahan kimia benzoyl peroxide  .Bagusnya Singapore , mereka mengharamkan jualan tepung gandum yang mengandungi bahan kimia /benzoyl peroxide  kerana hendak menjaga kesihatan rakyatnya tetapi mengapa Malaysia masih  membenarkan jualan tepung yang mengandungi kimia merbahaya benzoyl peroxide  ini? .  
.Pilihlah   yang  terbaik untuk keluarga . Kita  mengguna dan memakan tepung  gandum  sebab harga nya murah di pasaran dan mudah di dapati di mana-mana kedai runcit.   Namun demikian, sejak menyedari bahaya benzoyl peroxide  terhadap sistem ketahanan dan kesihatan tubuh berusahalah  mengguna membeli tepung yang lebih suci, halal lagi bersih dari tercemar dgn bahan beracun/ tanpa bahan racun peluntur ini.  Semoga keluarga lebih sihat dan hati lebih yakin dalam pemilihan makanan yang terbaik untuk keluarga sendiri. Benzoyl Peroxide adalah :· Bahan toksik
Benzoyl Peroxide adalah kimia yang sangat ampuh yang sering digunakan dalam kepekatan rendah sebagai rawatan jerawat. Benzoyl Peroxide pada dasarnya bekerja sebagai agen peeling, mengupas sel-sel kulit mati dan membunuh bakteria dalam pori-pori. Benzoyl Peroxide sangat mudah terbakar, meletup, beracun, dan disyaki sebagai bahan penggalak tumor  yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.
Walaupun benzoil peroksida umumnya dianggap aman pada konsentrasi rendah, tapi..kalau kena pada kulit boleh menyebabkan alahan pada kulit, akan menyebabkan kesan sampingan( buruk )seperti gatal-gatal, pembengkakan wajah, kulit kering dan kulit mengelupas.  Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna. Benzoyl Peroxide adalah satu bahan peluntur yang amat kuat sehinggakan rambut hitam boleh bertukar putih bila disentuhkan Benzoyl Peroxide ini.


Buah Delima (Punica Granatum)

Buah delima adalah sejenis buah yang berasal dari Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Bentuk buahnya seperti epal dengan di dalamnya mempunyai beratus-ratus biji.Biji-biji inilah yang dimakan .Rasanya sedap ,masam-masam manis.
Buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga . Sebagaimana firman Allah (Q:55:68)
Maksudnya: "Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima".

Buah delima mempunyai pelbagai keistimewaan. Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Zat besi yang terdapat di dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.

Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya. Buah delima masam pula boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat dijadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan. Caranya dengan mengambil biji-biji delima ditumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.Berguna juga untuk menurunkan berat badan .Ambil dua genggam daun delima muda diramas-ramas dengan air masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan perahan pati, minum dua kali sehari.

Delima banyak mengandung antioksidan boleh melawan penyakit ketumbuhan /tumor.Menurut kajian Kanser prostat adalah jenis kanser kedua yang mengancam pria setelah kanser paru-paru.

Penjagaan Zakar – Supaya Sentiasa Tegang dan Mantap

1.Mengurut Zakar.
 Bila bangun pagi sebelum buang air kecil, sebaiknya semasa zakar masih tegang, ambil air liur basi dari langit-langit menggunakan ibu jari yang kanan. . Bawa perut ibu jari itu ke kepala zakar lalu urut sekali lalu dari kepala zakar meughala ke lubang kencing. Gerakan ini membantu menyegarkan kepala zakar dan agar tidak mudah ngilu ketika jimak.

2.Menajamkan Zakar.
 Biji zakar yang keras akan menambah nikmat kepada isteri dan menegangkan zakar serta melambatkan pancutan mani. Untuk itu, zakar harus ditajamkan untuk mengeluarkan Biji zakar hingga dirasakan ia menonjol ke hujung kepala zakar apabila zakar tegang.
Cara menajamkannya ialah apabila bangun tidur. duduk dan temukan kedua-dua tapak kaki. Sebaiknya zakar masih tegang semasa melakukan latihan ini. Tarik nafas dalam-dalam sambil menekan kedua-dua lutut dengan tapak tangan. Cuba tekan lutut itu hingga jejak ke lantai tapi jangan dipaksa. Pada masa itu, kendalikan otot zakar (otot-otot pengemut kencing) dengan mengemutkannya.
Jika zakar masih tegang maka pastikan bahawa kepala zakar menjadi besar dan berkilat apabila otot itu dikemutkan. Cara kedudukan semasa melakukan ini ditunjukkan di dalam Scnaman Harimau langkah yang kedua.

3.Mengesatkan Kepala Zakar.
 Praktik ini bertujuan untuk mengurangkan sensitiviti pada kepala zakar dan memberi latihan kepada saraf-saraf yang berhubung dengannya agar biasa dengan rasa kengiluan yang tinggi. Rasa ngilu adalah antara sebab mengapa mani terpancut lebih awal. Kepala zakar yang lebih kesat juga akan menambahkan kelazatan kepada isteri.
Caranya ialah, mulakan dengan duduk seperti mahu bersila tetapi kedua tapak kaki ditemukan. Tangan kiri memegang kaki kiri dan tangan kanan memegang batang zakar (paling baik ialah bila zakar tegang di waktu pagi). Tarik nafas, kemutkan otot zakar, dekatkan kaki kiri ke kepala zakar dan geselkan telapak kaki ke kepala zakar ke arah lubang kencing, satu hala saja. Ulangilah hingga 3 kali geselan. Boleh juga diulangi hingga terasa ngilu barulah berhenti.

4.Cara Meminum Air Waktu Pagi.
 Air yang diminum ialah Air Masak Mati (air masak yang sejuk), diminum di kala pagi dalam kedudukan seperti orang mahu merangkak. Sebelum minum tarik nafas. Tahan nafas ketika meneguk (jangan dihembuskan ke dalam gelas). Tegakkan kepala ketika meneguknya, bukan menunggangkan gelas. Minum cara ini dikatakan dapat melegakan kerongkong serta berupaya membersihkan usus perut dari kekotoran dan dahak yang terkumpul semasa tidur. Ia dibersihkan sebagai penyediaan untuk hari yang baru.

Petua & Tips Malam Pertama – 18SX

Tips ini sangat sesuai digunakan pada malam pertama. Pada malam pertama, lebih-lebih lagi untuk melakukan persetubuhan dengan pasangan isteri yang masih dara merupakan suatu cabaran yang terpaksa ditempuh dengan sabar oleh pasangan pengantin.
Persetubuhan yang dimaksudkan untuk memecah dara perlu dilakukan dengan lemah lembut dan bertimbangrasa. Ini akan menolong meminimakan rasa kesakitan isteri sewaktu dara terkoyak menerusi tusukan pertama.
Malam pertama memberi banyak cabaran kepada pasangan lelaki dan wanita, terutama yang suci. Jika pasangan wanita menyimpan kesuciannya selama ini, sudah tentu malam pertama memberi makna besar kepadanya. Ini kerana dia dapat memberi anugerah yang sungguh bernilai kepada lelaki dicintainya.
Seseorang wanita perlu tahu dia tidak harus berasa takut atau ‘seriau’ hingga peristiwa pada malam pertama menghadirkan tekanan kepadanya dan pasangan. Dia perlu melayani pasangan dengan membalas sentuhan dan belaian yang pasangannya lakukan, supaya sentuhan malam pertama lancar.
Wanita juga perlu bersabar jika pasangan tidak melakukan sentuhan pertama malam itu kerana mungkin belum dapat sesuaikan diri dengan persekitaran atau letih untuk memberi tumpuan kepada hubungan seks.
Apabila keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual akan dilakukan dan sentuhan malam pertama berlaku. Si dara perlu tahu memainkan fungsinya apabila pasangan mendekati dan mula menyentuh tubuhnya.
Cara yang disarankan oleh orang Melayu ialah, suami duduk bersila setelah melakukan istimta’ yang secukupnya. Isteri didudukkan menghadap suami dalam keadaan mencangkung dan farajnya berada di atas zakar.Di sepanjang posisi ini dilakukan suami tidak memainkan peranan yang aktif, tetapi hanya mencumbu dan membelai isteri bagi meningkatkan kenikmatannya. Zakar dihalakan ke arah lubang faraj, kemudian isteri akan memasukkan zakar ke dalam liang farajnya dengan memandukannya dengan tangannya dan kemudian menekan farajnya ke arah kepala zakar dan memasukkan zakar sedikit demi sedikit.
Isteri akan berada di dalam keadaan nikmat dan sakit yang meningkat dan menurun semasa proses memecah dara. Isteri akan membuat pilihan, dia akan menekankan farajnya agar zakar masuk lebih dalam apabila nikmat yang dirasainya lebih hebat dari kesakitan. Isteri akan berhenti sejauh mana dia merasa kesakitan lebih hebat dari kenikmatan. Bila kenikmatan meningkat kembali, dia akan menyambung kerjanya itu, agar zakar dapat masuk lebih dalam. Dengan cara ini akhirnya dara terkoyak, dan kemudian persetubuhan akan diteruskan dalam posisi yang lain atau dihentikan lalu dilakukan pada masa yang lain.
Kenikmatan pada isteri masa memecah dara itu dapat ditingkatkan dengan cumbuan dan rangsangan dari suami ke arah buah dada, pinggang, tengkuk, leher, mulut dan telinga isteri. Dalam ertikata lain, suami perlulah melakukan cumbuan yang berterusan agar isteri itu lupakan dirinya dan kesakitan. Menghisap lidah isteri adalah amat baik dilakukan pada ketika itu.
Dia boleh membantu pasangannya bersedia dan menyentuh pasangannya mengikut keselesaan pasangan supaya perasaan syahwat pasangan membara. Wanita perlu berhati-hati apabila menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu kerana mungkin mengakibatkan pasangannya hilang kawalan syahwat dan klimaks awal. Jika ini berlaku, jangan terperanjat!
Jika sentuhan dan geselan anggota sulit terasa kesat untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara lembut serentak dengan sentuhan tubuh badan supaya rangsangan berlaku dan mukosa faraj menjadi lebih lembap.
Bagaimanapun, jika masih kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan menggunakan jeli untuk memudahkan lagi kemasukan zakar.
Masalah boleh berlaku apabila teruna tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya, iaitu hubungan penetratif.
Jika berasa seriau, dia akan hilang perasaan rangsangan dan ereksi yang ‘membina’ itu akan terus kendur dan hilang kekerasan. Dia akan gagal melakukan penembusan faraj yang biasa dikaitkan dengan malam pertama kepada pasangannya.
Keadaan ini dikenali sebagai ‘mati pucuk malam pertama’. Perkara sama boleh berlaku kepada pasangan wanita. Jika pengantin wanita berasa seriau, dia tidak akan dapat mengawal pembukaan faraj. Ketika pasangan ingin menyalurkan ereksi, farajnya akan mencengkam tanpa kawalannya. Keadaan ini dikenali sebagai ‘vaginismus’ atau cengkaman faraj tanpa kawalan.
Senario dijelaskan tadi jarang berlaku apabila pasangan peka mengenai ‘malam pertama’ dan bersama-sama membuat persediaan dengan mendapat maklumat mengenai fungsi yang mereka berdua perlu ambil ketika menyelenggarakan adegan malam pertama. Sangat nikmat, jika suami isteri melakukan french kiss ketika proses tusukan zakar ke dalam faraj.

Petua Ketatkan Faraj (Miss-V)

PERHATIAN : Petua ini Isteri sahaja, bagi memberikan layanan terbaik kepada suami. Wanita Hamil dilarang melakukannya.
Sila dapatkan nasihat dari mereka yang arif sebelum melakukannya…

Petua ketatkan faraj ini adalah khas kepada kaum wanita untuk mengetatkan faraj mereka terutamanya yang selepas bersalin atau sudahpun mempunyai anak yang ramai. Petua ketatkan faraj ini juga boleh diamalkan oleh semua wanita yang ingin mendapatkan faraj yang ketat seperti zaman anak dara dahulu.
Ada beberapa cara atau petua ketatkan faraj ini yang boleh diamalkan oleh para wanita. Wanita boleh memilih mana-mana cara yang sesuai dan mudah untuk mereka ketatkan faraj mereka. Untuk mendapatkan faraj yang ketat dan rapat ini merupakan idaman isteri demi untuk membahagiakan para suami. Suami pasti akan lebih menyanyangi isteri jika perhubungan malam mereka bahagia.
Betul tak?
Inilah cara ketatkan faraj boleh diamalkan oleh wanita.
Cara 1.

Bahan-bahannya:

- Daun sirih 10 helai
- Gambir 2 keping
- Kapur makan
- Kulit pinang muda


daun sirih dua manjakani

Caranya:

- Tumbuk gambir sehingga lumat
- Kulit pinang muda disiat kecil-kecil
- Rebus semua bahan tersebut dengan daun sirih,gunakan untuk cebok. Kalau boleh gunakan selama dalam pantang untuk wanita yang baharu bersalin. Jika untuk kegunaan biasa bolehlah diamalkan sebulan sekali.
Kalau malas nak merebus semua bahan diatas boleh juga direndam dalam air panas,setelah sejuk baru gunakan untuk cebok.
Cara 2. Dengan cara kemutan. Caranya ialah ketatkan lubang kencing seperti menahan kencing,tahan selama beberapa saat kemudian lepaskan. Buatlah senaman ini setiap masa. Ianya mudah dilakukan di mana sahaja,kesannya sangat hebat untuk mengetatkan vagina dan memuaskan suami ketika berjimak.
Cara 3. Ambil dua atau tiga helai daun sirih dan rebus bersama dua gelas air. Apabila mendidih,tutup api. Biarkan seketika sehingga suam.
kemudian gunakan air daun sirih tadi untuk membasuh alat sulit sambil diiringi selawat tiga kali. Amalkan 3 kali sehari selama seminggu.

Cara 4. Rebus beberapa helai pucuk betik sehingga empuk.
Kemudian anda perlu memakannya setiap hari bersama nasi selama sebulan. Boleh juga dibuat kerabu untuk mengurangkan rasa pahitnya.

Cara 5. Rebus segenggam daun inai dan biarkan suam. Gunakan airnya untuk mencuci vagina anda terutama selepas membuang air.
Amalkan selalu untuk mendapat kesegaran dan keselesaan.

Berikut tadi cara mudah yang boleh dilakukan oleh para wanita untuk ketatkan faraj. Untuk mengetatkan dan merapatkan faraj wanita ini juga penting jika mereka baru lepas bersalin atau disebabkan melahirkan anak yang ramai. Mungkin juga untuk mengetatkan dan merapatkan faraj wanita yang kerap melahirkan anak.

Cara Membesarkan Buah Dada (Payudara) Secara Semulajadi

Langkah 1
Ambil beberapa daun sirih, yang berwarna hijau, lebar dan masih muda kemudian beri minyak kelapa secukupnya pada daun sirih. Hangatkan menggunakan api lilin dan oleskan pada buah dada. Biarkan hingga kering dan gunakan secara berulang.
Langkah 2
Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembek. Remas labu tersebut ketika masih hangat. Kemudian, Oleskan pada seluruh payudara lebih kurang 20 menit. Lakukan 2 kali seminggu.
Langkah 3
Oleskan putih telur pada sekeliling payudara dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu. Lalu bersihkan dengan menggunakan lap yang sudah di rendam dengan air hangat.
Langkah 4
Minum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam.
Langkah 5
Kompres Payudara dengan air hangat, usap lembut dengan handuk kecil. Ambil beberapa kacang panjang, lalu tumbuk halus. Balurkan tumbukan kacang tersebut keseluruh permukaan payudara, dan diamkan kurang lebih 3 jam. Bersihkan payudara dengan air biasa. Lakukan langkah ini setidaknya 3x seminggu.

Petua dan Cara untuk Jimak dan dapatkan kepuasan Jimak suami-isteri

Dalam kehidupan kita di dunia, Tuhan berikan satu nikmat yang ada di syurga. Cuma nikmat itu Tuhan kecilkan, agar nikmat ini dapat dirasa oleh hamba-hambaNya. Di Syurga nanti, kita akan dapat menikmati nikmat JIMAK ini beribu-ribu kali ganda Sedap, Nikmat dll tanpa kita rasa penat dan jemu. Jadi, marilah kita syukuri Nikmat Tuhan yang kita dapat secara Halal dan ianya menjadi ibadah dan Tuhan berikan Pahala bila kita lakukan Jimak suami-isteri dengan niat-niat yang baik, InsyaAllah.
Pelbagai cara dilakukan untuk mendapat kepuasan dalam berjimak. cara dibawah sedikit sebanyak membantu dalam mendapat kenikmatan berjimak..selamat membaca dan mengamal…

1. Pelbagai posisi bersetubuh

- isteri di atas
- sambil mengiring
- sambil duduk
- sambil berdiri
- dari belakang isteri
- atas kerusi
- Atas Bantal
- Dalam Bilik Air
- meniarap
- kat dapur..hahahahaha

AMARAN : jangan lakukan posisi suami dibawah isteri di atas. Takut nanti kerana jika inzal, mani suami tidak habis keluar dan cecair didalam faraj isteri mudah mengalir membasahi zakar suami dan sedikit sebanyak memasuki zakar suami. Ini memudahkan jangkitan kuman-kuman yang ada.  Jadi, cara yang terbaik adalah posisi suami di atas isteri di bawah.

2. Lokasi terbaik

- atas katil empuk
- atas sofa
- tab mandi
- dapur
- kat rumah orang..tak tahan sangatla tu… hahahaha (kalau nak makan pelempang boleh la..hahaha)
- dan lain2..pastikan lokasi tadi ade elemen2 yang romantik, yang datangkan nafsu berahi yang mencanak2.
- sekali sekali, sewa hotel dan lakukan asmara bersama suami isteri (homestay pun boleh – nak budget)

kamar-hotel

3. Mencapai kenikmatan jimak

- mulakan dengan bismillah serta berdoa supaya dijauhkan perkara2 yang mungkar
- berbuallah dengan pasangan mengenai kehidupan bekeluarga dan seterusnya kepada hubungan intim
- perlahan-lahan mengusap setiap inci tubuh pasangan
- ciumlah pasangan anda dengan seikhlas2nya kerana melalui ciuman kita akan tahu tahap keihklasan dan kesetiaan pasangan kita
- jelajahlah setiap inci tubuh pasangan dengan lembut dan ghairah
- berilah peluang kepada pasangan untuk menjelajah tubuh kita agar dia tahu berharganya pasangannya
- untuk menjelajah ke tahap yang heavy sikit (pertemuan zakar dan faraj),berilah sepenuh kasih sayang  dan dengan perlahan tusukkanlah senjata kenikmatan.
- berilah sepenuh tumpuan terhadap apa yang dilakukan.jangan spoilkan keadaan yang berahi dengan perkara2 yang bukan2 seperti tergelak, muke masam, berburak dan lain2
- lakukan seberapa banyak posisi yang boleh agar pasangan tidak bosan.
- selalulah merayau2 ke seluruh tubuh pasangan ketika berjimak
- apabila kenikmatan jimak sampai ke kemuncak (klimaks) lakukanlah dangan sepenuh perhatian dan dan berdoa agar mani yang dikeluarkan dapat berkembang dengan baik dan terhindar dari segala perkara yang negatif.
- apabila selesai jangan tergesa2 bangun. Tunggulah selama 10 min baru cabut agar mani yang dikeluarkan tidak meleleh keluar dari faraj
- sesudah itu senyum dan ucapkanlah terima kasih kepada pasangan.

4. Melambatkan inzal (mani keluar)

- tahan nafas ketika memasukkan zakar
- lakukan jimak dengan perlahan dan tidak tergesa2
- kawal pernafasan
- kerjasama dengan pasangan,apabila hendak inzal, berhentilah dahulu dengan lakukan yang ringan2, kemudian sambung semula

5. Sentiasa ingati ALLAH

- jangan lalai dari mengingati ALLAH. inya bertujuan untuk menunjukkan keangunganNYA, biasanya anak yang lahir sukar mendapat penyakit sawan.

6. Berdoa ketika klimaks

Ingat,  perlu dibaca dalam hati, bukan secara lisan.tidak boleh sebut nama ALLAH semasa berhadas. Doanya seperti dibawah :-
” maha suci ALLAH yang menjadikan manusia drpd air mani, lalu diadakan pertalian darah(nasab) dan hubungan musaharah(hubungan kekeluargaan berpunca dari perkahwinan seperti mertua,menantu,ipar dan lain2. dan adalah Tuhan-MU Maha Berkuasa”

Petua Eratkan Hubungan Suami Isteri



1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama. Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!

20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

21. Sentiasalah berdoa memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri.




5 Rahsia Isteri Yang Perlu Anda Tahu

Bukan suami sahaja ingin memenuhi keperluan jimaknya, suami perlu tahu apa yang sangat diperlukan oleh ISTERI semasa melakukan Jimak.

Rahsia Isteri - Untuk panaskan lagi suasana hubungan seks, anda perlu tahu lima rahsia mengenai isteri anda di bawah:

Rahsia isteri pertama: Minda adalah organ seks terbesar wanita.
Jika anda mahu merangsang isteri anda, anda mulakan dengan merangsang emosi dia. Isteri anda berkawhin dengan anda bukanlah kerana dia terpikat anda secara fizikal tetapi dia terpikat pada anda secara emosi. Jika anda berjaya merangsang emosinya untuk lebih mencintai anda, dia akan akan lebih terangsang apabila melakukan hubungan seks.

Rahsia isteri kedua : Seluruh tubuhnya boleh di rangsang.
Bagi wanita, seluruh tubuh mereka adalah organ seks iaitu mereka boleh terangsang jika anda menyentuh mana–mana bahagian badan mereka ketika anda sedang melakukan hubungan seks. Namun, bagi setiap wanita pasti ada bahagian yang boleh memberi rangsangan tambahan apabila di sentuh. Jika anda ingin tahu, anda carilah.

Rahsia isteri ketiga: Wanita sangat sukakan foreplay.
Bagi wanita tiada beza hubungan persetubuhan dan foreplay. Mereka tidak kisah asalkan mereka datang inzal ketika mengharungi hubungan seks.

Rahsia isteri keempat: Wanita lebih suka anda menewaskan mereka dengan rabaan dan sentuhan yang penuh dengan kasih sayang dari zakar anda semata–mata.
Hubungan seks melibatkan keseluruhan aktiviti emosi dan fizikal. Isteri anda lebih suka jika anda tewaskan mereka melalui hubungan yang penuh dengan kasih sayang.

Rahsia isteri kelima: Wanita suka jika anda mengawal hubungan kelamin.
Wanita sangat suka jika anda beraksi dengan agresif ketika mengadakan hubungan seks. Walaupun mereka suka anda jadi ketua, mereka juga mahukan anda menerima respon yang mereka beri ketika hubungan seks berlangsung.





















6 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh



6 Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :



1. Kulit lebih lembut dan halus

pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.



2. Melancarkan peredaran darah

jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.



3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.


4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.


5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.


6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.


Kelebihan Minum Air Masak


Kelebihan Minum Air Masak
Bersama-sama kita menjaga kesihatan.....




MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak, rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar. Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.


Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas 
bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.


Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air?

Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair. Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

-Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek) 

-Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah 
-Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak 
-Tekanan darah menurun 
-Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk 
-Lesu pada waktu siang 
-Sakit belakang 
-Dehidrasi 
-Sakit kepala 
-Memperlahankan kadar metabolisma 
-Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara 
-Sendi dan otot mengalami kekeringan 
-Menyukarkan penyingkiran bahan toksik 
-Meningkatkan keinginan untuk makan 
-Darah menjadi pekat 
-Mudah keliru. 
-Degupan jantung meningkat 
-Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan




Petua Jika Anak Demam




Petua Jika Anak Demam



Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

• Bila selsema …tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.

• Batuk….tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

• Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

• Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ….

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...